Buka mata, buka hati, selami diri sendiri, banyaklah bertanya untuk mengungkai segala persoalan... justeru anda akan dapat seribu jawapan...

Akhirnya...Lesen D milikku

  • Posted: Saturday, April 25, 2009
  • |
  • Author: Mun'aim

Sudah sekian lama aku dihantui perasaan serba salah tatkala menerima panggilan dari Ibuku. Tak tahu nak kata macam mana, sebab aku terlalu takut nak bawa kereta. Yelah mana tidaknya, aku bukannya ada kereta. Tapi desakan family lah yang membuatkan aku bersungguh2 untuk ambil lesen jugak.

So aku pon pi lah cari sekitar tempat aku kt area Seri Kembangan. Mula2 aku pi tanya sendiri kt satu tempat nie. Aku x ingat nama tempat dia. Elok2 aku nak pi register kt dia, dia pulak tutup kedai. Byk hari jugak lah aku pi.



Last2 aku tension, aku cari lagi, then jumpa lah satu tempat belajar memandu nie. AMSA - Bangi Driving Academy Sdn Berhad cawangan Seri Kembangan pilihan aku yang terakhir. Pendaftaran: RM 200, Pastu bayar kt jurulatih dia sikit2. Selalu dia akan mintak ikut kemampuan kita. Mcm aku, di mintak RM 250 dulu, lps dah abis settle semua dia mintak lagi baki RM 250. So total aku belajar kereta (tambah lesen D) ialah sebayak RM 700.

Sb aku belajar 10 jam. 1 jam RM 30. Mula tu mcm susah nak percaya gak sb ofis dkt cawangan dia tu nampak teruk gila. X nampak mcm betul2 nak amik org. Tp aku percaya pada hati. Aku pi daftar dengan member baik aku.

Nak dipendekkan cerita aku belajar kali pertama, dh dia suh aku yg bawak pi jln. Bkn dia yg bawak, dia suh aku bawak...aku pon takut la..tp ok ja...Aku tanya dia napa suh bawak pi jln, dia kata "sb saya tgk awak dah boleh bawak". Aku pon agak tekejut gak lah. Aku nie x berani bila diluar kereta, tp bila dah masuk ok je.

So tibalah saatnya aku amik test ngan JPJ pada hari Jumaat (24/04/09). Seawal 8 pagi kami kt tempat ujian. So aku capturelah gambar untuk tatapan semua. Ramai gila org time tu, dekat2 200 org.


Kereta pon dah siap susun. Dia wat dua2, satu yang nak pi ke jln, satu lg dlm tapak.


Org JPJ ada lah dalam berbelas2. Van ada 2, kereta ada satu, gementar jugaklah sb ramai yg kena bawak balik ngan JPJ masa ujian kat jalanraya. Selalunya bila pemandu gagal mematuhi lampu isyarat dan keluar simpang melebihi garisan yang dibenarkan.



Nombor giliran aku pada kad menunjukkan aku adalah org ke 41. Tp x yah risau sebab dia panggil secara rawak. Sorang2 dipanggil mengikut nombor giliran yang ada pada kad.



Aku start ujian dengan Ujian Bahagian 2 - Ujian Meletak Motokar. Paling aku risau dekat 3 penjuru. Alhamdulillah semua pass. Tengoklah gambar dibawah tu. Hehehehe. Pastu dia panggil lak untuk Ujian Bahagian 3 - Ujian Dijalanraya. Aku kena ngan JPJ pompuan.



Adui lega dapat dia. Aku dok la doa semoga dpt dia. Hahaha. So masuk dalam kereta buat cam biasa ja. Perbetulkan tempat duduk, cermin pandang sisi dua2 belah dan cermin belakang. Pakai tali pinggang keledar, check signal kanan dan kiri, check air pastu wiper, check gear dalam keadaan free ke x. Masuk gear satu dan jalan. Sblm jln bg signal kanan sb kita dah nak mula jln. Time tu aku kena jln A. Jalan A lg senang berbanding Jalan B. Sb Jalan B agak mencabar dari segi jauh dan byk traffic light.

Lepas tu, kalau kita dah bawak kereta sampai masuk semula ke tempat tapak memandu, bermakna kita pass lah. Aku pon disuruh sign kt borang yg JPJ dok tanda, tgk kt kertas tu aku dapat 18/20. Ada dua kesalahan aku wat. Tapi kesalahan check gear free ke tak, aku dah wat, maybe dia x nampak kot. Tapi x pe masa ujian teori hari tu dia dah bgtau, "awak tak akan dapat markah penuh 20/20". "Sb mana ada org perfect kan"



Kesalahan yg aku wat:
  1. Menentukan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan enjin motokar
  2. Menggunakan gear sesuai mengikut kelajuan
Aku bawak kereta dalam keadaan nervous. Berpeluh walaupun air-cond dipasang. Biasalah org sebelah tengah amik markah. Then bila dah dpt result, aku tunjuk kat pengajar aku En Halim namanya. Ucap terima kasih kt dia sb ajar aku sampai lulus. Masa tu lah last payment aku sebanyak RM 250. Lesen D tu nanti, aku akan dapat dalam minggu depan iatu hari Khamis nie (30/4/09). Akhirnya...selesai jugak.