No Access To Network
- Posted: Sunday, June 21, 2009
- |
- Author: Mun'aim
Itulah masalah yang aku hadapi seminggu nie.... x dapat aku bayangkan betapa time tu adalah amat teruk sekali...cuba bayangkan hp aku berhadapan dgn masalah SIM Card. Aku sendiri x tahu itu adalah masalah SIM Card.
Pada mulanya, aku ingatkan bateri aku masalah, sb secara x lansung bateri aku cepat sangat jd low. Siap aku beli bateri second hand lagi. Pastu aku try la tukar2 SIM Card ngan officemate, aku tengok kt hp dia pon ada masalah yang sama. So aku agak, mesti sb SIM Card. Then aku pon search lah kt Google, mmg ada org hadapi masalah yang sama dengan aku.
So, mereka cadangkan pergi kt Maxis Centre. Sb aku pakai nombor 012-XXXXXXX. Jadi, hari Sabtu (20, June 2009) lah aku pegi. Kalau time keje payah sikit. Mula tu ingat nak pi kt KLCC, pastu pikir2 cam jauh pulak. Then wat searching kt website Maxis, adalah yg plg dekat kt Sunway Pyramid. Tower baru tu, atas sekali. Aku tanya kt kaunter dia, "I think my SIM Card corrupted", terus dia bagi aku borang suruh isi. Lepas tu isilah Nama, No tepon aku tu, IC No dan tandatangan. Bayar 10 ringgit. X sampai 5 minit pon. Dia kata aku leh start guna dalam setengah jam lagi.
Dia akan mintak IC untuk pengesahan tuan punya nombor hp. Then dia suruh aku pegi kt satu lagi kaunter utk copy semua contact number aku ke dalam SIM Card aku yang baru. Kat sini, kalu ikutkan cpt je. Tp sebab ada org, jd lambat sikit lah. adalah dkt2 15 minit. So dh settle aku call best friend aku, tp dia plak x angkat, pastu aku call mak aku, x sempat aku cakap dgn dia, bateri plak flat.
Aku balik rumah, charge hp, then baru lah ckp ngan mak aku. So, bila on je hp tu byk la msg masuk, yg misscall, yg hantar msg. Biasalah, busyman. Ingat nak ada dua hp dan dua SIM Card, senang sikit, bila jd apa2 hal. Tp tu lah, x dak duit, nak wat lagu mana kan.
Rentetan dari hal tu pulak, aku top up lah mcm biasa kt internet pakai CIMB. Apa cerita plak pastu, aku punya transaction succesfull, tp aku x receive pulak msg "Permohonan anda sudah berjaya". Dekat akaun aku dh tolak RM 30. Aduii, masalah nie. Dh dkt sejam aku tg tp x dak gak hasil, restart hp. Still msg tu x sampai. Aku call lah service centre dia 1 300 880 90. Ikut arahan yg dia nak. Pastu bercakap dgn org dia, dia cakap semua dh ok. Dia suh aku tunggu dalam sejam, tp aku dh pon tunggu. Pastu dia kata suh tgk ptg nanti atau pon pagi esok.
Kalau still lagi sama dia suruh call balik esok pagi tu. Tp on their site, dia akn try push lagi amount RM 30 aku tu kt hp aku. Tp dia kata amount tu x leh reverse balik. Kalau lah x dak esok pagi nie, aku rasa kira burn lah RM 30 aku tu kt Maxis. Sebelum nie aku top up ok je. Adalah hikmah tu.
Lepas tu, aku try pulak Maybank, aku reload pakai PIN number, walaupon dia baru je buat instant top up (Khas untuk Maxis je). X berani lah aku top up pakai instant tu, sb dh terkena kt CIMB. Aku top up RM 10, pastu aku terima lah mesej "Permohonan anda sudah berjaya". So apa akhirnya kt sini? Salah siapa? CIMB, Maybank or Maxis?
Lantaran daripada tu aku pon buat lah panggilan kt service centre dia pada hari Isnin (22 June). Dua kali aku call dia, sebelah pagi sekali dan sebelah ptg sekali. Sebelah petang dia cakap tunggu 24 jam. So tanggal Selasa (23 June) pon telah tiba yakni pukul 10.29 A.M, aku terima mesej yang menyatakan "012-XXXXXXX has been successfully top up with RM30.00 on 21 June 10.22 A.M". Hahaha... akhirnya. Thanks to Allah for making my wish termakbul.
Search-
Thank you for visiting my blog. Skali Skala is one of my favourite name that I prefer to used. Feel free to ask me anything, I'll try my best to help you guys. Have a nice day.







