Buka mata, buka hati, selami diri sendiri, banyaklah bertanya untuk mengungkai segala persoalan... justeru anda akan dapat seribu jawapan...

Perpisahan

  • Posted: Friday, February 19, 2010
  • |
  • Author: Mun'aim

Setiap pertemuan itu pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Perhubungan sesama manusia sememangnya unik. Saat perpisahan adakalanya amat memeritkan. Bagaimana harus kita sebagai manusia yg kerdil ini menerima peristiwa itu?

Kita mungkin pernah kehilangan mereka yg kita sayangi, ibu, ayah, adik, abg, kakak, sahabat. Perpisahan memang sinonim dgn sedih dan tangisan. Namun dimanakah harus kita letakkan kesedihan itu? Maka disini carilah Sang Pencipta (Allah s.w.t). Pulanglah semula kepadaNya. Panjatkan doa kepadaNya memohon agar roh mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Aku meniti perjalanan hidup sbg seorang insan yang bergelar manusia. Namun perjalanan aku terbatas. Kemanakah langkah ku selepas ini, hanya Allah yg tahu. Aku hanya mendoakan semoga perjalanan ku selamat ke destinasi. Jika Allah menghendaki diriku ini, maka aku harus redha akan ketentuanNya.

Sayangilah dirimu lebih dari kamu menyanyangi diri org lain. Percayalah pada dirimu lebih dari kamu mempercayai diri org lain. Belajar lah dari org lain kerana itu mungkin petunjuk dari Allah. Kehidupan kita didunia ini hanya sementara. Untuk terakhir, ku ingin bertemu dan menjagamu, namun jika takdir memisahkan, apakan daya kita sebagai manusia.

Sahabatku...Kau Teman Sejati

  • Posted: Monday, February 08, 2010
  • |
  • Author: Mun'aim

Alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah atas mempertemukan insan yg istimewa dlm hidupku. Tidak seperti org lain yang menanti dan terus menanti seorang sahabat, yang akhirnya tidak memilih utk bersahabat kerana unsur kepercayaan. Memilih teman mungkin menjadi masalah utama jika teman kita tidak memberi 100% ke atas kepercayaan yg diberi. Bak kata org kita hanya bertepuk sebelah tangan.

Sahabat bukanlah org yg kita pilih kerana harta yang ada padanya, bukanlah kita pilih sebagai tmpt luahan rasa dimana bila kita bersedih kita mencarinya dan apabila kita bergembira kita meninggalkannya. Sahabat adalah org yg selalu mendoakan kesejahteraan terhadap sahabatnya. Memilihnya atas dasar ikhlas dan percaya.

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Sedikit renungan buat kita semua yang ingin mencari sahabat sejati, bacalah hadis dibawah agar semua teman memahami maksud pengertian sahabat.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Justeru, jika kita salah memilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Sahabat pada pandangan aku, adalah org yg memiliki sifat yg tdk sempurna, sifat penyayang pd temannya, menyanyangi saudaranya. Aku menyanyangi mereka seperti aku menyanyangi diriku sendiri. Aku membuka ruang dan ikhlas mendengar luahan dari hati mereka. Aku memahami stp apa yg disampaikan. Dan aku mengenali mereka seadanya.

Sedang aku menulis ttg hal mereka, aku merasa sedih dan pilu, kerana aku takut kehilangan mereka. Air mataku bergenang menitis jatuh membasahi pipi. Ya Allah lindungilah mereka yg bersamaku, kuatkan hati mereka, bersihkanlah hati mereka dan permudahkanlah perjalanan mereka mengikut garis dan panduan yg Engkau tetapkan. Kau sahabat, Kau teman. Tanpa engkau sisiku, hidup ku mungkin tidak bahagia spt skrg. Aku memilih dirimu kerana Allah, dan bkn kerana sesuatu yg engkau miliki. Sifat yg ada dlm dirimu adalah sifat dari Allah yang aku cintai.

Maka sahabatku, jika ku tiada lagi disisimu, kau teruskanlah perjuanganku. Jgn menangisi pemergianku, kerana Allah jualah yg akan terus berada disampingmu. Mintalah padaNya apa sahaja yg engkau hajatkan dan Dialah yg akan memperkenankannya. Setiap saat aku merasa rindu kpd mereka dan hanyasanya Allah sahaja yg tahu. Kenalilah diriku, doakan aku dan nasihatilah aku, kerana engkau sahabat sejati.