Inikah CINTA?
- Posted: Sunday, April 25, 2010
- |
- Author: Mun'aim
Selalunya ramai mendefinasikan CINTA hanya satu (sekali dlm hidup). Pernah x kita jatuh CINTA pandang pertama? X ramai kan. Ada yg CINTA monyet (zaman sekolah). Ada yg CINTA pd usia meningkat 20an. Jika kita berbicara tentang CINTA hanya satu, maka kita adalah manusia yg penipu. Setuju atau tidak?
Aku akan terangkan kenapa CINTA itu bukan satu, tapi boleh menjadi lebih dari satu. Bila CINTA itu dikatakan berputik? Sejak pertama kali bertemu, dan hati terasa berdebar2, rs tenang dan sentiasa cool...ye ker? Ayat yg biasa kita dgr bila kita bertanya pd org yg sedang hangat bercinta: "Aku x suka mana2 lelaki/perempuan lain selain dia. Dialah yg telah membuka ruang dlm hidupku, dialah saja yg bertakhta dihatiku, tiada yg lain melainkan dia, Ohhh CINTA ku".
Hahaha...sungguh ironikn. Tetapi tiba2, Allah beri kita ujian yg hebat, dimana kita pulak ditakdirkan bertemu dgn insan yg lain. Jatuh CINTA lagi...camna lah nak buat erk? Hatiku resah sejak bertemu dgnnya haritu, tp bagaimana pulak dgn CINTA pertama ku? Adakah aku ini zalim? Bg aku, org yg mcm nie x zalim pd diri sendiri, tp dia zalim pada org pertama yg dia katakan CINTA. Kita blh bercinta dgn sesiapa pun, dgn org yg kita x kenal, org yg dari luar negara, org yg dari berchatting dan lain2.
Bagaimana kita tahu kita sudah jatuh CINTA? CINTA adalah satu proses, dimana minda kita sendiri yg membuat kita jatuh CINTA pada seseorang. Bila timbul rasa CINTA nie? Ianya berlaku tatkala kita balik ke rumah, dan tiba2 rasa rindu hadir apabila wajah kesayangan tidak lg nampak dihapadan kita. Siapakah yg membuatkan kita jadi begitu? Diri kita sendiri lah. Tul x?
Masa kita x nampak dia, kita akn secara tdk langsung akn membuat senarai ttg si dia yg kita suka. "Suka la tgk mata dia tu", "sungguh indah kata2nya", "sungguh murni sifatnya", "Sungguh harum baunya"...dan mcm2 lagi. Slps tu kita akn bayangkan pulak saat2 romantis bila bersama. Cth: Mkn aiskrim bwh pokok kt tepi tasik. Hahaha...selepas itu kita akn selalu saja sebut nama dia berulang kali dlm diri kita, x pon dlm perbualan kita sehari2...
Bila hal ini terjadi, mula lah kita rimas, x senang duduk, statement lama tiba2 muncul, "Mandi x rs basah", "tidur pon x rs lena", "Makan pon rs x kenyang" Ermm...tul x? Hahaha...Masa tu kita dh x blh nak kawal persaan kita yang naik turun tu. Seperti magnet yg menarik2.
Ingatlah bahawa sedalam mana CINTA kita pd sesorang, lagi dalam CINTA Allah pada makhluknya. Mengapa kita tidak letakkan CINTA kita yg dalam itu pada Pencipta dahulu? Mengapa kita hanya nampak insan yg kita lihat itulah CINTA kita? Tidakkah kita terfikir bahawa Allah lah yg telah menghantar si dia pada kita? Itu hanyalah ujian buat hambaNya.
Maka beringatlah, ungkapan CINTA bkn mudah untuk kita lepaskan, kerana ianya bakal menyakiti hati dan perasaan org lain. CINTA itu lebih ketara (kuat) jika seseorang itu tdk hadir dihadapan kita, hanya gambarannya sj dlm minda kita. CINTA lah seseorang itu secara bersederhana saja, kerana CINTA sejati itu hanya pada Allah.
Cari Suri
- Posted: Thursday, April 22, 2010
- |
- Author: Mun'aim
Jiwaku sepi, menunggu kehadiran kamu. Siapakah dirimu? Haruskah aku perlu mencarimu? Atau kamu dtg padaku? Org kita selalu ckp "X kan perigi cari timba" pd lelaki yg masih dok membujang. Tp x salahkn kalau perigi cari timba? Dunia skrg apa nak malu, siapa2 pon leh mulakan langkah.
Soalan yg sering ditanya bila kita attend majlis kenduri kawin, hari raya, whatever function lah tanpa kita bawa teman (perempuan), mesti lelaki yg belum kawin akan diajukan soalan berikut: Bila hang nak kawin? Mana sorang lagi? Umur dh masuk separuh abad, x kan lah lum lg...? Org lain senang ja dpt, hg nie pilih sgt kot?
Apa jawapan seorang lelaki kpd penanya tersebut? "Belum sampai seru", "Ntah lah, org x kenan ngan aku", "Aku nk cari duit dulu", "Sendiri mkn pon x cukup, nak bela anak org plak". Adoi...susahkan bila bicara bab yg dh berabad tahun, selagi kita lom dpt jodoh yg sesuai....nasib2...
Ok, bg yg nak tahu apa itu cinta, mari kita tgk 3 jenis cinta:
Cinta nafsu
Lelaki menyukai wanita kerana kecantikan fizikal.
Cinta nak guna
Lelaki mahukan wanita itu kerana kedudukan, kecantikan untuk kepentingan dirinya.
Cinta ikhlas
Datang dari hati. Cinta ikhlas ini mewujudkan perasaan debar dan ada kalanya berpeluh-peluh apabila berjumpa, tidak berani bertentang mata dan perbuatan menjadi tidak tentu hala. Ini kerana wujudnya getaran antara dua jiwa.
Jika kita mempunyai rakan yg masih single, jgnlah kita tanyakan pd dirinya setiap kali dgn soalan yg sama. Apa kita perlu buat ialah, kita bantu dia untuk cari pasangan hidupnya. Tanyakan padanya, siapakah pilihan dia dahulu, kita mungkin bernasib baik sb kita sudah ditakdirkan dgn pilihan hati kita, tp tdk bg mereka. Jd fahamilah mereka, kerana mereka juga menginginkan perkara yg sama.
Sbg menulis perkara ini berlaku pada diriku, maka aku mengharapkn Allah s.w.t supaya membuka ruang dlm hati kecilku ini untuk dipertemukan jodoh dan memberi sinar baru dlm hidupku. Segala pengharapan aku serahkan, tp aku ttp mencuba, mungkin slps aku menulis aku sudah pon menjumpai org yg aku cari selama ini.
Kejujuran Manusia
- Posted: Wednesday, April 07, 2010
- |
- Author: Mun'aim
Hati budi seorang insan yg bergelar manusia. Sejauh manakah kita mengenal mereka? Kadang2 sukar ditafsirkan, kadang2 kita tertipu, kadang2 ianya benar. Kenapa kita tidak boleh berlaku jujur? Kenapa kita harus menipu?
Bagaimana harus kita mengenali mereka yg tdk jujur? Byk sungguh persoalan yg timbul tatkala kita membahaskn ttg erti kejujuran. Jujur lawannya Menipu. Ada antara kita tdk jujur dgn kawan sendiri, adakah mereka yg tdk jujur itu zalim? atau dia punyai niat yg tersembunyi? Tdk semua manusia yg tdk berlaku jujur itu jahat, kdgkala mereka terpaksa menipu (tdk berlaku jujur) kerana tidak mahu mengecilkan hati rakan mereka.
Tetapi, apabila rakannya mengetahui ttg hal sebenar, adakah rakan itu akan terus membuat andaian? Ya sudah pasti, dan andaian itu selalunya ke arah yg negatif. Kemudian berlaku lah perselisihan faham yg amat dalam, sehingga boleh memutuskan hubungan silaturrahim yg sudah sekian lama terjalin. Tidakkah kita merasa rugi? Apakah kita rasa bangga dgn cara yg kita buat terhadap rakan kita itu? Apakah kita ternyata bagus dlm berlaku jujur terhadap org lain jika tdk pada rakan kita itu td? Sesungguhnya manusia itu sifatnya tidak sempurna, maka kita harus memberi peluang kpd mereka.
Apa kata kita ubah andaian itu ke arah positif dan disusuli pula dgn negatif. Tdk kah kita akn dapat menterjemahkn erti sebenar kejujuran itu? Entry aku pada kali ini bknlah hendak menyokong manusia yg tdk jujur, tetapi kita perlu mengubah mindset kita ke arah yg lebih matang dalam tindakan kita dalam perhubungan sesama manusia. Hubungan antara manusia ternyata unik. Ada kalanya kita sukar meneruskan perhubungan sesama kita atas dasar tdk percaya. Bertanyalah pada diri kita sendiri, adakah kita sendiri berlaku jujur dgn kehidupan kita hingga saat ini?
Byk yg boleh dikaitkan dgn kejujuran, cth dimana kita meminjam duit pd teman, dan kita menjanjikan pulangan semula kpd teman tersebut pd tarikh tertentu. Namun apa yg teman itu kesali ialah apabila wang yg ditunggu tdk kunjung tiba. Persoalan yg timbul dalam benak hati teman itu mungkin...
NEGATIF
- "Adakah dia sj nak pinjam duit aku, pastu x nak byr?"
- Memang lah dia nie kaki pinjam
- Cilaka betui lah, lain kali tobat aku x nak bg pinjam lagi
- Erm..rsnya aku nak tepon dia dan nak tanya perihal sebenar, mungkin dia ada masalah
- Aku rasa, aku patut bg dia sedikit lagi masa, atau lebih tepat lagi tempoh bayaran (waktu yg harus dia lunaskan)
- Erm...x pon aku bg jadual pembayaran pada dia, supaya dia blh lunaskan hutang aku tu secara beransur2.
Search-
Thank you for visiting my blog. Skali Skala is one of my favourite name that I prefer to used. Feel free to ask me anything, I'll try my best to help you guys. Have a nice day.






