Soal Hati... siapa yang sakit?
- Posted: Wednesday, August 11, 2010
- |
- Author: Mun'aim

Entry aku kali nie adalah bercakap tentang soal hati. Tapi hati siapa? Setiap dari kita dibekalkan dengan hati. Tapi mengapa hati dijadikan punca segala pertikaian? Mengapa kita sering tidak puas hati dengan orang lain? Adakah benar penjagaan hati penting? Hati siapa yg lebih penting?
Mari kita ikuti sketsa dari filem P. Ramlee (Madu Tiga):
(dialog antara bapak dan anak perempuannya terhadap suaminya):
Isteri Pertama: Hati siapa yang x geram kalau macam nie, dah kawin dua tu satu hal yang x balik ke rumah sampai 3 hari pergi kemana pulak
Bapak: Kau tu terlalu cengih Tipah, agaknya Jamil takut nak pulang ke rumah
Isteri Pertama: Bapak tu kalau Tipah bergaduh ngan Si Jamil, selalu sebelahkan Si Jamil, apa bapak makan suap
Bapak: Bapak bukan apa2 Tipah, bapak ngan Jamil tu sama saja, kami berdua nie anak yatim piatu, x dak tempat nak bergantung, mak dah mati bapak pon dah mati
Isteri Pertama: Hey, dah tua2 pon kira anak yatim piatu?
Bapak: Oii, mesti kira, bukan mcm kau... kau ada bapak
(dialog antara ibu dan anak perempuannya terhadap suaminya):
Isteri Kedua: Cubalah mak tengok, hati siapa yang nak senang kalau macam nie
Ibu: Ape yang kau nak susahkan Senah, sekarang rumah nie dah kita yang punya
Isteri Kedua: Bukan saya nak pada rumah nie, saya nak kan abg Jamil
Ibu: Abg Jamil kau tu barangkali banyak kerja, itu sebab dia x pulang
Isteri Kedua: Alahh... kerja apa sgt yg byk mak....jangan2 perempuan gile tu dah rantai kaki tangan dia.
Kita sering tidak puas hati dengan org lain? Kenapa? Kerana, org lain tidak berkelakuan seperti yg hati kita inginkan. Sama jugak lah hati org lain terhadap diri kita. Lepas tu mulalah kita akan terasa hati, sakit hati, bengang dan sebagainya. Bolehkah kita mengawal hati org lain?
Boleh sebenarnya kalau kita nak kawal hati org lain (ada caranya), tp bolehkah kita mengawal hati kita nie? Ini jugak pon boleh (ada caranya). Nak tahu ka apa caranya? Kenalah bertanya kalau nak tahu rahsianya. Hehehe...
Sudah nama pon kita nie manusia yg serba serbinya tdk sempurna, maka jgn lah kita nak kan sesuatu perkara yang kita rasa dari org lain. Perlu kita ingatkan dalam hati kita nie dgn memperbanyakkan sabar dengan berkomunikasi (berdialog) dgn Allah s.w.t. nescaya kita akan sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dariNya.
Tidak perlulah kita berterusan merungut tentang ketidakpuashatian kita terhadap org lain, kerana sebenarnya kita tidak berpuas hati dengan diri kita sendiri. Kita x dapat mengubah hati org lain 100%, tp kita mampu utk membuatnya memahami perasaan kita dgn cara berkomunikasi. Kasihanilah kepada diri anda sendiri dahulu sebelum mengasihi org lain, kerana hanya anda sendiri yg memahami diri anda.
Search-
Thank you for visiting my blog. Skali Skala is one of my favourite name that I prefer to used. Feel free to ask me anything, I'll try my best to help you guys. Have a nice day.






