Buka mata, buka hati, selami diri sendiri, banyaklah bertanya untuk mengungkai segala persoalan... justeru anda akan dapat seribu jawapan...

Ingati Mati

  • Posted: Friday, September 03, 2010
  • |
  • Author: Mun'aim

Kehadiran kita dimuka bumi Allah hanya menjadi medan ujian buat manusia. Perhiasan, kemewahan dunia semuanya bersifat sementara. Allah mengilhamkan segala2nya utk manusia nikmati (samada kita bersyukur atau kita mengkhufuri nikmatNya).



Entry kali ini tentang mengingati mati. Setiap yg bernyawa pasti merasai sakit dan setiap yg hidup pasti akan merasai mati. Tidur juga adalah perantaraan bagi mati, jadi sebelum tidur tu, beristighfar lah banyak2, maafkan semua org dan muhasabah diri agar kita sentiasa terpelihara dan sentiasa dilindungi oleh rahmatNya.

Ikutilah bacaan talkin dibawah bersama2 dan hayatinya sementara kita masih hidup. Hanya rahmat dan kasih sayang Allah akan menjadi penentu destinasi kita samada kita akan kekal di Syurga ataupun Neraka.

Bismillahhirrahmannirrahim,

Tiap2 yang hidup akan merasai mati, tiap2 makhluk semuanya akan rosak dan binasa, sesungguhnya di hari kiamat akan diberi balasan pahala dan dosa bagi kamu. Berbahagialah sesiapa yg dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari azab neraka jahanam. Penghidupan dunia adalah palsu belaka.

Ya SAYA Bin IBU SAYA, kamu sekarang sedang berada di sempadan akhirat dan menuju ke alam baqa', tinggallah disini hingga hari kiamat. Sudah terputus segala kemewahan bagi kamu, sudah terlepas segala kesedapan dunia bagi kamu. Kamu tinggalkan harta kekayaan, pangkat, darjat, gelaran, kebesaran dan kedudukan yg engkau banggakan di dunia.

Sesungguhnya sudah terpisah segala pekerjaan dan amalan dunia melainkan 3 perkara yg engkau bawa untuk menghadap Allah azza wa jalla. Sedekah jariah yang engkau berikan seikhlas hati semata2 kerana Allah, ilmu manfaat yang engkau amalkan di dunia dan anak yg soleh mendoakan bagi kamu.

Ya SAYA Bin IBU SAYA, kami akan tinggalkan kamu di dalam liang lahad yang sempit dan gelap gelita ini, setelah 7 langkah kami meninggalkan kamu maka akan datang 2 malaikat yang bernama Mungkar dan Nakir untuk menyoal kamu dengan perintah Allah. Maka jangan kamu takut serta gentar, jawablah dengan lidah yang fasih lagi lancar, kerana mereka juga makhluk Allah seperti engkau.

Mereka akan bertanya:

Siapakah Tuhan yang engkau sembah dgn sebenar2nya?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Kemanakah kiblat dan penghadapan kamu?
Apakah ikutan kamu?
Siapakah saudara2 kamu?

Ketika itu jawablah dengan lidah yang lancar lagi yakin. Allah tuhan yg aku sembah dgn sebenar2nya, Muhammad s.a.w nabiku, Islam agamaku, Ka'bah itu kiblat dan penghadapanku. Al-Quran itu pedoman dan ikutanku dan tiap2 org Islam adalah saudara2 ku.

Ya SAYA Bin IBU SAYA, jgn sekali2 engkau lupakan perjanjian dan pengakuan kita semasa di dunia, iaitu lafaz 2 kalimah syahadah dengan perkataan: Aku mengaku bahawasanya tiada tuhan yg disembah dgn sebenar2nya melainkan Allah, aku mengaku bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Wahai sekalian hamba Allah, ketahuilah oleh kamu bahawa mati itu benar, soal Mungkar dan Nakir itu benar, Azab dan Nikmat kubur itu benar, semua manusia akan dibangkitkan semula di hari kiamat benar dan akan diberi balasan syurga dan neraka itu juga benar. Siksa kubur berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi.

Jika kamu berdosa ular "Sujaul Aqra" akan mematuk dan menghisap darah hingga hancur lebur segala urat dan daging kamu. Nikmat kubur pula, diluaskan kubur kamu sejauh mata memandang, dihimpit bumi umpama anak kecil didalam pelukan ibu kamu, maka tinggallah kamu disini dgn aman dan sentosa hingga hari kiamat.

Kami serahkan kamu kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang untuk memberi balasan di atas apa yang kamu lakukan. Ya SAYA Bin IBU SAYA, mudah2han dicucuriNya rahmat dan keampunan ke atas kamu. AMIN ya rabbal alamin.