Balik Kampung dengan Plusliner...
- Posted: Thursday, February 03, 2011
- |
- Author: Mun'aim
Salam tahun baru 2011, aku memulakan perjalanan balik kampungku dengan bas pada tahun nie. Hahaha... Ramai pulak yang tiba-tiba pelik dengan berkata "Aik x terbang dh ka?" Tahun nie x plan pun nak balik cuti bila, sebabnya terlalu busy dengan urusan dunia yang tak mungkin selesai. Hehehe...
Agak lama (mau dekat-dekat setahun lebih) tak naik bas, sejak berlaku kemalangan ngeri melibatkan bas baru-baru nie, jadi aku memilih untuk terbang diawan saja (damai ku rasakan disitu). Kemalangan tu boleh berlaku dimana-mana, tapi kita cuma merancang, hanya Allah yang menentukan perjalanan kita tu selamat atau pun tidak. Doa saja buat bekalan untuk kita pergi dan selamat tiba ke destinasi.

Pesan aku pada sahabat-sahabat yang inginkan perjalanan rakan taulan, sanak saudara mereka pergi dengan selamat adalah berkirim salamlah pada orang-orang yang mereka akan temui disana. Insyallah mereka akan selamat.
Balik kampungku pada tahun dan bulan Februari nie ditaja khas oleh Plusliner. Ahakss... mana ada, Sdn Bhd lah yer, bukan artis pun. Hehehe. Sempena Chinese New Year (tahun Arnab) kali nie, aku melengkapkan package balik kampungku bersama Plusliner dan KTM. Ikutkan pada hari sabtu atau ahad haritu aku nak pergi beli tiket bas Plusliner kat KTM Kuala Lumpur, tapi hujan pulak tak henti-henti (seharian, itu yang banjir kat certain2 tempat). Jadi aku pun surfing kat pakcik Google dan ada lah website Plusliner yang menyediakan pembelian tiket secara online.
Permulaanya agak risau gak lah nak pakai sistem dia, sb nie first time. Dengan beraninya ku mencuba meneruskan pembelian, akhirnya berjaya mendapat tempahan tersebut. Bayaran dia sebanyak RM 38.85. Selepas waktu akhir bekerja, ku meneruskan perjalanan ke KTM Kuala Lumpur dengan motor EX5 kesayanganku untuk menukar tempahan tu kepada tiket, ikutkan boleh ja kalau nak tukar time kita nak bertolak nanti, tapi dia syaratkan sejam sebelum (agak-agak kalau kita takut terlambat silalah berbuat seawal yang boleh yer).
Perjalananku bermula dengan menaiki keretapi dari KTM Serdang yang ku beli tiketnya dari kaunter tepat pukul 7.44 a.m. Bayaran serendah RM 1.80. Masukkan tiket yang dibeli tu ke mesin (apa ntah nama peti tu) pintu masuk dia dan jangan lupa ambil balik sebab nak guna kat destinasi yang nak dituju nanti.
Aku menghala ke Platform 2 (menuju ke Rawang ye, jangan silap arah), dan x lama selepas tu train pun tiba tepat pukul 7.55 a.m. Semasa dalam train nie, ku ingatkan sikit ja orang, tapi ramai jugak time-time raya nie, anyway terpaksalah berdiri sampai kat stesen Seputeh. Tak pulak kedengaran suara lunak dari seseorang "Next station...". So kenalah sentiasa alert yer dimana anda berada, jangan tertidur plak.
Dah pun sampai kat stesen KTM Kuala Lumpur (Old Railway Station yer) dalam pukul 8.22 a.m. Naiklah tangga menuju ke Pintu A, sebab kat situlah bas Plusliner sedang menunggu. Lihat gambar kat bawah nie:
Tengok jam, masih awal lagi nie, ermm apa agak-agak nak buat erk? So sambil-sambil tu aku pun snap lah gambar-gambar untuk koleksi peribadi. Sambil berjalan-jalan kat sekitar KTM tu, aku lawati mini muzium tentang sejarah KTM Kuala Lumpur, bangunan dia, timbang berat dia dan macam-macam lagi kat situ. Siap berpegang-peganglah aku pada sosok badan komputer lama yang dah lama tak pegang. Komputer dulu kala yang kita pernah guna tu, pakai Floppy B, Plotter (mesin yang print carta perjalanan keretapi).
Melihat pada handphone ku yang dah tinggal 5% saja bateri, sedih sb x dapat nk capture lagi gambar, jadi aku masuk ke kaunter ETS (Electric Train Service), saja ja nak tgk apa kt situ. Nice package dia untuk orang-orang Ipoh, leh lah depa balik naik train nie. Nak dijadikan cerita, dia ada sediakan charger plak (untuk semua jenis handphone), apa lagi kasi sumbat itu port lah even dia tulis (Untuk pelanggan ETS saja).
Dah abis charge sampai 35%, aku pon keluar dari situ dan terus ke gerai cikedis, beli apa yang patut dan tiba-tiba rasa keremajaan muncul kembali (aku beli Majalah Ujang - Nie lah first time aku beli, yang lain tu pinjam dari kawan ja). Mahalnya RM 5.60 tuh dan ku belikan juga paper Berita Harian sebab nak tengok apa plan kerajaan untuk pelajar-pelajar Mesir kita kat sana tu. Kesian kat depa, sampai kena istihar tutup Universiti selama setahun.
Jam pon dah menunjukkan pukul 9.40 a.m dan aku pon masuk serta duduk pada seat yang tertera di tiket tu. Tengah-tengah plak tu. Hai.... Perjalanan ku mula bergerak pada pukul 10 a.m dan selamat tiba di Kulim pada pukul 4.45 p.m. Seperti biasa dan pada kebiasaannya orang-orang lain yang didalam bas akan buat adalah tidoq. Hehehe... bangun tidoq, terasa lambat gila nak sampai, rupa-rupanya jem campuq kaya tuh. Biasalah time orang balik kampung musim perayaan nie. Akhir kata Gong Xi Fa Chai...
Search-
Thank you for visiting my blog. Skali Skala is one of my favourite name that I prefer to used. Feel free to ask me anything, I'll try my best to help you guys. Have a nice day.






